“Bitcoin Mengarut & Meragukan” – Imam Arab Saudi Beri Amaran Supaya Umat Islam Jauhi Penggunaan Bitcoin

"Bitcoin Mengarut & Meragukan" – Imam Arab Saudi Beri Amaran Supaya Umat Islam Jauhi Penggunaan Bitcoin

“Bitcoin Mengarut & Meragukan” – Imam Arab Saudi Beri Amaran Supaya Umat Islam Jauhi Penggunaan Bitcoin | PETALING JAYA: Imam Arab Saudi, Assim al-Hakeem dilaporkan berkata penggunaan mata wang digital bitcoin dilarang undang-undang Islam kerana sifatnya yang tidak jelas dan memberikan ketanpanamaan kepada penjenayah.

Protal Step Feed memetik beliau sebagai berkata keadaan itu menyebabkan bitcoin boleh membantu aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Bitcoin Mengarut & Meragukan” – Imam Arab Saudi Beri Amaran Supaya Umat Islam Jauhi Penggunaan Bitcoin

“Kita tahu bitcoin boleh dijalankan secara tanpa nama (tanpa agensi rasmi bertanggungjawab)…bermaksud ia membuka peluang kepada pengubahan wang, wang dadah dan wang haram,” katanya.

“Ia bergantung kepada (jaringan) rakan ke rakan, block chain dan logaritma yang mentadbirnya dan hanya diketahui segelintir orang yang tidak bernama. Tiada siapa tahu siapa mereka. Anda tidak boleh buat aduan (kalau berlaku sesuatu), seolah-olah kamu buang duit ke dalam vakum.”

Assim akui para sarjana Islam terdahulu belum pernah membincangkan isu bitcoin kerana ia merupakan mata wang moden, namun beliau meminta orang Islam jangan terlibat dengan keraguan seperti itu hanya untuk mendapatkan keuntungan.

“Bitcoin sesuatu yang sangat baharu dan terdapat kebimbangan serius apabila urusan dilakukan menggunakannya…sama ada dari segi asal, kelestarian dan keselamatannya,” kata Al-Hakeem.

“Setakat hari ini, satu bitcoin yang bernilai 0.1 sen bersamaan lebih kurang AS$ 11,000. Mengarut. Benda apa ini? Ini bukan sesuatu yang kita boleh sentuh, bukan duit, bukan nota bank, bukan geran, bukan sijil, tetapi maya,” katanya mempertikaikan pergerakan dramatik bitcoin yang meragukan.”

Al-Hakeem tidak keseorangan dalam berpandangan sebegitu kerana pada bulan lepas pihak berkuasa agama Turki turut mendakwa bitcoin “tidak sesuai dengan Islam”.

Menurut laporan EuroNews, Direktorat Hal Ehwal Agama Turki berpandangan bahawa membeli dan menjual mata wang digital tidak sesuai dengan agama buat masa ini kerana nilainya terdedah kepada spekulasi dan tidak di bawah pengawasan kerajaan dan audit, sekaligus mudah digunakan untuk aktiviti haram.

Malahan, kerabat diraja Saudi, Putera Al-Waleed bin Talal, dalam satu temu bual dengan CNBC pada Oktober, memberi amaran ketiadaan kawalan ke atas mata wang digital itu akan mengulangi skandal Enron.

Beliau merujuk kepada syarikat gas Amerika Syarikat, yang diisytihar muflis pada 2001 selepas pihak eksekutifnya menyembunyikan berbilion dolar hutang daripada pemegang saham.

“Ia tidak masuk akal. Perkara ini tidak dikawal dan tidak diawasi oleh mana-mana bank pusat. Saya memang tidak percaya bitcoin,” kata Putera Al-Waleed.-

APAKAH BITCOIN? BERIKUT ARTIKEL DI LAMAN BITCOINMALAYSIA.COM ARTIKEL INI DITULIS PADA TAHUN 2013

Apa Itu Bitcoin ?

Bitcoin adalah matawang digital yang digunakan di internet dan sistem pembayaran digital yang pantas. Ia boleh dihantar dari satu individu kepada individu lain melalui website di internet tanpa melalui bank (seperti p2p) . Ini bermakna kos penghantaran wang adalah lebih mudah, cepat dan murah.

Matawang digital tunggal ini boleh digunakan di seluruh dunia oleh sesiapa saja tanpa perlu tertakluk kepada sebarang jenis matawang dunia. Matawang ini juga tidak boleh dibekukan kerana ia tidak melalui mana-mana bank.

Bagaimana Bitcoin Bermula ?

Matawang ini dicipta oleh seorang yang hanya dikenali dengan nama Satoshi Nakamoto yang dipercayai berbangsa Jepun. Ada yang menyatakan Satoshi Nakamoto adalah satu watak yang tidak wujud sebenarnya. Watak ini diwujudkan untuk melindungi individu atau kumpulan sebenar yang mewujudkan matawang ini.

Bagaimana Mendapatkan Bitcoin ?

Bitcoin ini boleh dicipta melalui satu aplikasi yang dipanggil Bitcoin Miner. Dengan membuat ‘kerja’ di situ anda akan diberikan Bitcoin. Kerja bermaksud membuat aktiviti teknikal yang memakan masa.

Bagaimana Bitcoin disimpan ?

Bitcoin disimpan dalam Bitcoin Wallet, website seperti bank online atau paypal yang biasa anda gunakan. Anda juga boleh gunakan Bitcoin Wallet ini untuk menghantar dan menerima duit. Penghantaran dan penerimaan adalah berdasarkan kepada alamat email dan password anda.

Apa Yang Boleh Dibeli dengan Bitcoin ?

Kebanyakkan kedai-kedai online di internet sudah mula untuk menerima pembayaran melalui Bitcoin. Buat masa ini anda boleh membeli games, t-shirt, alat musik, alat mainan, ebook dan jutaan barangan lain.

Berapa Nilaian Bitcoin ?

Nilai Bitcoin buat masa ini belum lagi stabil. Ia pernah turun serendah USD 2 dan pernah naik setinggi USD 6. Harga semasa Bitcoin adalah USD 14.00 (RM53). Trend semasa menunjukkan matawang ini akan menjadi stabil dalam tempoh masa beberapa tahun lagi.

via:FMT/HelangMerah.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih