‘I’m Not Yes Man’, Tegas Muhyiddin

‘I’m Not Yes Man’, Tegas Muhyiddin

MUAR – “I’m not yes man”. Itu pendirian tegas yang dinyatakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pagoh 2015, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau berani untuk bercakap benar meskipun kebenaran itu terlalu pahit untuk dirasai dan pada masa ini ramai yang tidak berani berbuat sedemikian.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggugurkan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dari barisan Kabinet baharunya.

Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain Muhyiddin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga digugurkan dari barisan Kabinet.

Mohd Shafie sebelum ini turut menegaskan ‎seorang pemimpin seharusnya sanggup menerima teguran bagi memastikan landasan perjuangan parti itu dapat dicapai.

Katanya, ‎ Umno perlu mempertingkatkan perjuangan dalam parti itu dan pemimpin mesti bersedia untuk menerima pandangan lain. lapor Sinar Online.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih