IBU BAPA Ambil Perhatian !! Tips Keselamatan Elak Kaki Anak Tersepit Di Eskalator ((SEBARKAN))

IBU BAPA Ambil Perhatian !! Tips Keselamatan Elak Kaki Anak Tersepit Di Eskalator ((SEBARKAN))

Kami percaya anda adalah ibu bapa yang sangat prihatin terhadap anak-anak. Justeru itu satu langkah drastik perlu diambil bagi memastikan keselamatan anak-anak terjaga dari sebarang musibah dan kecelakaan. Kita sering dipaparkan tentang kejadian kanak-kanak tersepit kaki di eskalator.

Kejadian seumpama ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan nyawa dan emosi kanak-kanak. Ibu bapa perlu ambil peranan bagi memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan baik ketika menaiki eskalator.

eskalator2

Berikut tips keselamatan elak kaki tersepit di eskalator :

1- Sebelum menggunakan eskalator, periksa tali kasut dan pakaian suapaya tidak terlalu labuh.

2- Sila gunakan lif sekiranyanya anak berada di dalam stroller.

3- Dukung anak yang masih belum pandai mengimbang badan.

4- Awasi anak anda, pastikan mereka tidak bermain, bersandar atau memanjat eskalator yang sedang bergerak.

5- Pastikan anak anda berdiri di tengah-tengah eskalator.

6- Awasi kaki anak anda supaya tidak melebihi garisan kuning yang terdapat di tangga eskalator.

7- Sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

8- Beri tumpuan sepenuhnya kepada anak.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih