Hukum Nazar Yang Tidak Dapat Ditunaikan

Hukum Nazar Yang Tidak Dapat Ditunaikan

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz. Saya bernazar untuk berpuasa selama sepuluh hari berturut-turut. Tetapi jika saya tidak sanggup / mampu untuk berpuasa selama sepuluh hari berturut-turut, apakah hukumnya? Adakah jalan lain untuk saya ganti nazar tersebut?

nazar

Jawapan:

Terdapat 2 jenis utama nazar iaitu:

Nazar al-Lajaj (perbantahan), iaitu; membuat nazar yang baik lantaran didorong oleh perasaan marah ketika berlaku pertengkaran. Contohnya seseorang yang berkata semasa pertengkaran; “Jika aku bercakap dengan seseorang, maka wajiblah aku berpuasa selama sebulan.”
Sehubungan itu, apabila berlaku nazar al-Lajaj ini, maka wajiblah dia melaksanakan iltizamnya ATAU membayar kafarah sumpah.

Nazar al-Tabarrur (kebajikan). Nazar ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
Nazar al-Mujazah (pembalasan), iaitu; bernazar akan melakukan sesuatu amal kebajikan sekiranya sesuatu tujuan yang dihajatinya tercapai. Contohnya; “Jika Allah sembuhkan penyakitku, maka wajiblah aku bersedekah seekor kambing.”
Justeru, apabila penyakitnya sembuh, dia wajib melaksanakan iltizamnya dan tiada sesuatu lain yang boleh menggantikannya.

Nazar al-Mutlak (semata-mata), iaitu; bernazar akan melakukan amal kebajikan tanpa dikaitkan dengan sebarang sebab. Contohnya seseorang berkata; “Wajiblah atasku berpuasa pada hari Khamis.”
Justeru, dengan nazar tersebut dia wajib melaksanakan iltizamnya tanpa sebarang syarat. Bagaimanapun, dia boleh menangguhkan perlaksanaannya sehinggalah masa yang dia sanggup melakukannya. Namun, dia tidak boleh digantikan dengan kaffarah sumpah (al-Fiqh al-Manhaji).

اليسع
Wallahu a’lam.

USRAH SOLAT DAN QA AGAMA

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih