Himpunan Bangsa Rohingya: Ini Amaran Najib Buat Myanmar

Himpunan Bangsa Rohingya: Ini Amaran Najib Buat Myanmar | KUALA LUMPUR – Malaysia akan memperjuangkan hak bangsa Muslim Rohingya, sehingga mereka mencapai kebebasan di tanah air mereka.

himpunan-bangsa-rohingya

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebab itulah beliau menyatakan solidariti untuk menghadiri Himpunan untuk Ummah Rohingya hari ini, walaupun telah digertak kerajaan Myanmar.

Himpunan Bangsa Rohingya: Ini Amaran Najib Buat Myanmar

“Dia gertak saya, saya tak peduli…Saya hadir atas dasar mempedulikan ummah.

“Bukan kita nak campur tangan kita nak ingatkan Myanmar tentang Piagam Asean menyebut tentang hak asasi manusia tapi dia tak pakai.

“Jadi kepada kerajaan Myanmar. Kita nak beritahu kepada Aung San Suu Kyi. Enough is enough,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia jangan masuk campur urusan Myanmar]

Sebelum ini, kenyataan daripada Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal negara itu.

Dalam pada itu, Najib menegaskan gertakan itu juga tidak akan membuatkan beliau menjadi bisu sebaliknya beliau akan lebih berani bersuara selepas ini. Himpunan Bangsa Rohingya

“Gertakan itu tidak akan membisu dan membutakan hati saya,” katanya. – Sinar Harian

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!