HATI-HATI !! Budak 4 Tahun Nyaris Maut Akibat Power Bank Meletup !

HATI-HATI !! Budak 4 Tahun Nyaris Maut Akibat Power Bank Meletup !

JEMPOL: Seorang kanak-kanak perempuan nyaris tercedera selepas ” power bank ” yang digunakannya telah meletup Jumaat lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika kanak-kanak tersebut, Nur Adrianna Darwisya, 4, bersama abangnya, Muhammad Irfan Jazly, 6, bersama bapanya, Othman Abdul Majid, 34, berada di dalam kereta untuk ke Juasseh kira-kira pukul 5.30 petang.

Semasa memandun anaknya telah meminta “power bank” berkenaan untuk mengecas telefon yang hampir kehabisan beteri.

Beliau telah memberikan satu ” power bank ” yang telah dibelinya di sebuah pasaraya di Kuala Lumpur pada awal tahun lalu kepada anaknya.

Selepas 10 minit menggunakan “power bank” berkenaan dia terhidu sesuatu seperti terbakar dan menyangka penghawa dingin bermasalah menyebabkan dia menutup penghawa dingin kereta.

power bank meletop mydebat

“Setelah kenderaan dihentikan, anak perempuan saya merengek dan apabila menoleh ke arahnya, saya mendapati pengecas tersebut sedang berasap dan cair di bahagian bajunya.

“Asap mula memenuhi ruang dalam kereta dan berlaku letupan kecil. Percikan api mula keluar daripada pengecas bateri dan saya hanya fikir kereta akan terbakar,” katanya.

Anak-anaknya kini dikatakan trauma untuk menggunakan ” power bank ” lagi.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih