Harith Iskandar Buat Laporan Polis

Harith Iskandar Buat Laporan Polis

Kuala Lumpur – Harith Iskandar bertindak pantas membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) susulan perbuatan sebuah laman web lucah memaparkan gambar anaknya.

Harith membuat laporan itu di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dekat sini pada jam 10 pagi tadi.

Menurut Harith, gambar anak Tomok dan Erra Fazira turut digunakan di laman web lucah berkenaan yang dibangunkan di luar negara dan turut mempunyai akses dalam bahasa Melayu.

“Saya tak mampu mengawal apa yang dimuat naik di laman sosial termasuk hal atau gambar membabitkan anak. Ia sesuatu yang tidak boleh dielak kerana teknologi sudah sebati dengan kehidupan kita masa kini.

“Apa yang terjadi tak membuatkan saya serik letak gambar anak di laman sosial cuma tak menjangka ada yang cuba mengambil kesempatan dengan melakukan perkara negatif seperti ini.

“Saya juga tidak boleh hidup untuk sentiasa melindungi anak sehingga mereka tak nampak dunia luar,” katanya.

Namun, Harith bersyukur kerana kes itu mendapat liputan meluas daripada pihak media dan diikuti masyarakat.

Petang kelmarin, pelawak dan pelakon itu memuat naik mengenai perkara berkenaan di laman Instagram dan Facebooknya dan ia menjadi viral.

“Kebiasaannya orang anggap jenayah yang membabitkan kanak kanak dianggap remeh…tetapi sebenarnya ia sangat serius dan berat serta merosakkan akhlak,” katanya, lapor Berita Harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih