Harga Nokia 3310 Smartphone Baharu

Powered by WP Review

Harga Nokia 3310 Smartphone Baharu

Harga Nokia 3310 Smartphone Baharu – Nokia mengembalikan kegemilangan model 3310 ketika Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2017 dengan mengubah sedikit reka bentuk ikoniknya serta kali ini datang dengan skrin berwarna.┬áIa datang dengan skrin 2.4 inci format 320 x 240 piksel dan lebih nipis berbanding model pertama yang dikeluarkan 17 tahun lalu.

Dengan skrin berwarna, Nokia 3310 Baharu mempunyai kenipisan 12.8 milimeter dan berat 79.6 gram.

Harga Nokia 3310 Smartphone Baharu

Sebelum ini, Nokia 3310 setebal 22 millimeter dan seberat 133 gram.

Selain itu, permainan Snake yang menjadi ikon 3310 juga akan dikekalkan dengan operasi telefon menggunakan Series 30 .

Kali ini, Nokia 3310 datang dengan warna termasuk hijau, merah dan kuning malah rekaannya lebih ringan berbanding model terdahulu.

Sebelum ini, Microsoft mengambil alih Nokia di bawah Microsoft Mobile dan kini syarikat Finland, HMD Global terbabit mahu memperkasakan semula jenama asal.

Ia ditawarkan pada harga sekitar RM280. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih