Punca Harga Ikan Kembung Melambung Naik

Punca Harga Ikan Kembung Melambung Naik – Keadaan cuaca yang tidak menentu kini merupakan punca harga ikan ini naik. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata fenomena cuaca yang berlaku di negara menyebabkan populasi i kan ini berkurangan.

Punca Harga Ikan Kembung Melambung Naik

“Dengan keadaan cuaca sekarang menyaksi kan satu keadaan di mana corak  pendaratan ikan kembung berubah menyebabkan ia berkurang.

Punca Harga Ikan Kembung Melambung Naik

“Sedangkan jangkaan asal ialah ia akan berkurang berikutan fenomena el nino namun berbeza apabila nelayan melaporkan peningkatan tangkapan i kan jenis ini ketika fenomena tersebut berlaku,” katanya ketika menjawab soalan menteri di Parlimen mengenai kenaikan hargai kan kembung di pasaran.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa harga ikan kembung melambung naik hingga mencecah RM 22 sekilo membuatkan rakyat ramai mengeluh.

Sementara itu, Ahmad Shabery mendakwa ada cadangan daripada pihak nelayan untuk meletakkan harga siling untuk mengurangkan beban rakyat.

“Bukan tak mahu buat harga siling tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, kurang intervensi adalah lebih baik, biarlah pasaran yang menentukannya.

Punca Harga Ikan Kembung Melambung Naik

“Kami risau jika terlalu kawal harga ia akan jadi lain dan bermasalah pula nanti,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, kenaikan harga ikan kembung ini hanyalah bersifat sementara sahaja.

“Jika lihat pada corak ikan ini, ia akan turun semula oleh itu, tidak perlu risau,” tambahnya lagi. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih