Hanya 25 Saat Letup ATM, RM160,000 Lesap

Hanya 25 Saat Letup ATM, RM160,000 Lesap

Gombak: Sekumpulan lelaki hanya mengambil masa 25 saat untuk meletupkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Desa Jaya, Kepong, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, dipercayai lebih daripada tiga suspek terbabit dalam rompakan berkenaan menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

Difahamkan, suspek memakai topeng muka bersenjatakan kuku kambing dan bom paip untuk mencungkil mesin terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek menaiki kenderaan jenis Honda Odyssey.

“Penjenayah lesap bersama wang tunai RM160,000 dengan melarikan laci mesin ATM terbabit. Suspek dipercayai menggunakan bom paip yang mengambil masa 25 saat bagi meletupkan mesin terbabit.lapor myMetro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih