“Hantar Ayah ke AS Kalau Tak Berani Tangkap Alvin” – Luahan Rani Kulup

“Hantar Ayah ke AS Kalau Tak Berani Tangkap Alvin” – Luahan Rani Kulup

SHAH ALAM – Tidak tahan dengan kebiadaban Alvin Tan yang saban masa menghina Islam, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, 60, menawarkan diri untuk dihantar ke Amerika Syarikat (AS) bagi menangkap blogger kontroversi itu.

Abdul Rani berkata, laporan polis yang dibuat selama ini seperti tidak diendahkan maka beliau merasakan jalan terbaik adalah beliau sendiri akan menagkap sendiri Alvin.

“Kalau kerajaan tidak sanggup, biar ayah yang pergi tangkap, cuma kerajaan kena beri ayah duit untuk ke sana kerana ayah tidak mempunyai wang,” katanya kepada Sinar Online.

Terbaharu, Alvin memuat naik gambar dia menggunakan keratan kertas ayat suci al-Quran untuk membuang najisnya di laman sosial Facebooknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: “Semakin hari Alvin makin melampau, jijik“]

Dalam pada itu, Abdul Rani berkata, beliau memohon bantuan rakyat Malaysia yang mengetahui kedudukan Alvin untuk berkongsi maklumat mengenai blogger itu kepada pihak berkuasa.

“Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bersepakat bersama memudahkan tangkapan terhadap Alvin, kongsi di mana dia berada sekarang sekiranya ada sebarang maklumat, tindakannya sekarang sangat biadab, jijik dan tidak boleh dimaafkan,” katanya.

Pada September lalu, Abdul Rani pernah mendesar agar Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar menyegerakan ekstradisi Alvin ke Malaysia.

Ketika itu Abdul Rani berkata dengan cara itu sahaja membolehkan polis membuat tangkapan terhadap Alvin, sekaligus membolehkan dibicarakan mengikut undang-undang negara.

Setelah beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin sebelum ini. Namun sehingga kini Alvin masih bebas di AS. lapor Sinar Online.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih