Hadir Himpunan Rohingya, Najib diugut Myanmar

Hadir Himpunan Rohingya, Najib diugut Myanmar. KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan ikrar untuk hadir ke Himpunan solidariti buat bangsa Rohingya esok.

Himpunan Rohingya

Katanya, walaupun beliau diugut oleh kerajaan Myanmar atas tindakan itu, namun atas semangat belas ihsan sesama Muslim beliau tidak gentar mengenai perihal tersebut.

“Semalam pejabat Presiden Myanmar keluarkan kenyataan, kalau saya PM hadir esok (Himpunan) mereka akan anggap saya campur tangan terhadap Myanmar.

“Saya nak beritahu, ini bukan soal campur tangan, ini soal pertahankan nilai kemanusiaan.

Hadir Himpunan Rohingya, Najib diugut Myanmar

“Insya-ALLAH Najib Razak akan hadir, ini pendirian kita,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada akhir Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, hari ini. ‎

Dalam pada itu, Najib meningatkan Myanmar bahawa tindakan mereka menindas bangsa Rohingya sama sekali tidak boleh diterima dalam komuniti Asean.

“Asean tidak boleh berkompromi dengan kezaliman,” katanya.

Oleh itu, ujar Najib beliau menggesa kerajaan Myanmar untuk mengubah sikap dalam menangani isu Rohingya.

“Ubah sikap, betulkan keadaan,” katanya.

Esok satu Perhimpunan besar-besaran berhubung isu Rohingya akan diadakan di ibu kota.

[BACA: Muslim Rohingya: Inilah Peristiwa Dan Penyebab Tercetusnya Kebencian]

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih