“Sori La, Gua Tak Jual Pada Cina..”

“Sori La, Gua Tak Jual Pada Cina..” – Aku perasan benda ni dah lama.

Ada seorang Tauke M (Melayu, Jawa) jual udang segar dengan menjaja di sebelah bangunan pasar, pakai kereta sorong (yang jenis angkut simen). DIULANGI. Jual SEBELAH PASAR ya, bukan dalam pasar.

Biasanya lepas 2 jam buka jualan, pasti licin kereta sorongnya,
kenapa?

"Sori La, Gua Tak Jual Pada Cina.."

1) Uniknya, dia letak udangnya DALAM KERETA SORONG. Ini kita panggil “Differentiate Or Die” dalam Marketing.

2) Sebab dia jual murah daripada harga pasar sebelah. Kira, dia KILL HARGA kaw-kaw.

Mungkin ada yang nak bash cara jualan ‘samseng’ macam ni, yalah, dahlah perang harga, lepas tu ‘sailang’ peniaga’ dari luar pasar.

Tu kita jawab sama-sama lepas ni.

“Sori La, Gua Tak Jual Pada Cina..”

Persoalannya.

Tauke M ni tak kena ‘kacau’ ke? Mak nenek Pekida tak kacau ke? Pegawai Majlis tak terbalikkan meja dia ke?

Jawabnya, TIDAKKK.

Kenapa?

Sebab pasar sebelah baru je nak buka, tapi dia dah bungkus balik. Pendek kata, dia buka jualan lebih awal sejam dua daripada pasar tu buka. Hebat, kan?

Sekarang, baru kita tahu, kenapa dia meniaga di luar tapak pasar, kan? Rupa-rupanya, bila dia mula nak meniaga, PASAR PUN BELUM BUKA LAGI. Kekeke.

(Burung yang paling awal keluar cari makan, dia paling banyak dapat cacing.)

Satu tabiat tauke ni yang aku pelik, dia syaratkan seorang cuma boleh beli 5 kg. Lagi pelik, setiap kali ada orang Cina datang nak beli, dia halau, “Sori-sori, gua tak jual pada Cina.”

Dulu, kawan sekolah aku pernah cerita pasal tauke M ni. Cuma ni baru pertama kali aku nampak depan mata. Bila dah jumpa pertama kali, aku tak sia-siakan peluang, terus pergi tanya, “Pak cik, kenapa jual pada Melayu je? Kan lagi untung kalau pelanggan pun ada orang Cina?”

Jawapan dia, sangat banyak mengajar aku.

“Apa pula aku yang rugi? Cina kalau nak beli udang dengan aku, dia kena upah seorang Melayu beli dari aku. Aku untung, ‘kaki’ Melayu itu pun untung, Cina tadi jual di pasar sebelah pun untung. TIGA orang untung. Itu baru TIGA orang untung, cuba kau bayangkan kalau dia nak borong, berapa ‘kaki’ Melayu yang dia kena upah? Berapa orang yang untung sekarang?”

“Kalau aku jual cuma pada seorang Cina? Aku dan dia saja untung. DUA orang. Kalaulah satu hari Cina ni jumpa pembekal lain, aku jadi apa? Melangut.”

(Maknanya, dia tak ada Customer Database, so, kalau dia dengan satu Cina je meniaga, sampai bila dia boleh bertahan?)

“Itulah orang Melayu, sibuk nak cepat kaya, tapi sibuk kisahkan pada JUMLAH untung. Diorang lupa, sebenarnya kalau lagi RAMAI untung, lagi banyak JUMLAH untung kau berganda.”

Pesanan terakhir beliau ini buat aku terkejut, sebab ia benar-benar seperti dalam silibus Bisnes 101.

“Kau kalau nak CEPAT kaya, untunglah sorang-sorang. Tapi kalau kau nak LEBIH dan LAMA kaya, kena untung ramai-ramai. Siapa ajar aku? Cina juga.” “Sori La, Gua Tak Jual Pada Cina..”

Bisnes 101:
More Engagement = More Sales
More Sales = More Profit

Ok, dah mula rasa teruja kan? Nanti dulu, ada lagi menarik lepas ni.

Itulah, asyik sangat dok ngadap buku bisnes Mat Salleh, sesekali buka meja lah jual tepi jalan, barulah ‘teruji’ sikit apa yang kita baca tu, ye dak?

Selama ni, kita faham yang racist ni tak bagus kan? Tapi dalam bisnes, pernah ke korang terfikir, yang racist ni sebenarnya ada sudut positifnya.

Racist = $$$,
kalau lu orang pandai

Oh ya, nak ajak berfikir sikit. Ada banyak persoalan yang boleh muncul di sini, dan aku siap-siap nak tapaw semua.

1) “Islam tak galakkan kita bisnes gaya Assobiyah.”

Business 101: Customer Segmen. Kita sebagai penjual ada Segmen kita sendiri. Tauke M tu tak ada pun halang pembeli selain bangsanya dapatkan produk dia, tapi mesti melalui ‘funnel’nya, iaitu di 2nd tier. Mungkin dia ada sebab yang kuat, tak mahir berbahasa Inggeris misalnya, atau dia senang nak ingat wajah customer. Bergantung cara kau intepretasi isu ini.

2) “Ha, ni lah namanya PERANG HARGA.”

Penjual yang baik, adalah mereka yang ‘control market.’ Walau nampak seperti dia mulakan Perang Harga, tapi dia berjualan tak pernah kurang, atau tak pernah lebih daripada 1 kereta sorong setiap hari. Dia pun tak buat UPSELL. “Kalau mahu beli apa saya jual, sila beli daripada ‘kaki-kaki’ saya.” Adakah dia sebabkan Harga Udang dimonopoli seluruh tempat berniaga?

3) “Ni sebiji modus operandi ‘alibaba’ projek tender kerajaan. Cuma versi terbalik Melayu-Cina.”

Apa ke peliknya dengan pendapat ni? Mana boleh kita samakan BISNES trading dengan SERVIS rakyat? Rakyat = Majikan. Menteri= Pekerja. Dah nama pun kerajaan yang ‘dilantik’ oleh rakyat, kenalah telus, terbuka. Lagi satu, tu nama pun Open TENDER.

4) “Kenapa pak cik ni tak viral?”

Hehe, fikir logik sikit. Cubalah kau viral bisnes dia hari ni, tengok esok-esok kau sempat ke nak beli udang lagi dengan dia? Sama ada harga naik menggila, atau udang dia cepat sold-out. Demand-Supply Rules lah, brader. Mana ada member nak pecah lubang supplier, kan? Gitu.

5) “Wah, samalah dengan Skim MLM yang aku tengah Promo ni…”

Jangan kau nak samakan skim MLM cepat kayap kau tu dengan modus operandi Tauke M tadi. Kau buat MLM yang bisnes cari orang, lepas tu kau mengaku yang MLM kau tu trading barang? Maaf. Pergi berguru dan belajar lagi.

Sekian,

Al Irfan Jani

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 1,505 times, 1 visits today)

Leave a Reply