Borang Permohonan Latihan GIATMARA 2017 Online

Powered by WP Review

Borang Permohonan Latihan GIATMARA 2017 Online – Anda seorang pelajarBumiputera yang ingin mengikuti latihan kemahiran? Permohonan adalah dipelawa untuk mereka yang berumur 15 tahun keatas samada lepasan SPM atau tidak dengan syarat boleh membaca, menulis dan minat iaitu 3M. Mereka yangberkelayakan dan sihat tubuh badan boleh memohon untuk mengikuti program latihan sepenuh dan separuh masa GIAT MARAdi bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIAT MARAMalaysia bagi kemasukan Januari dan Julai 2017.

Borang Permohonan Latihan GIATMARA 2017 Online

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiranteknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Borang Permohonan Latihan GIATMARA 2017 Online

A. Permohonan Kemasukan GIATMARA 2017 Online

1. Program Sepenuh Masa (Secara Online)

Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online di Borang Online GIAT MARA

2. Program Separuh Masa (Secara Manual)

Permohonan program latihan separuh masa boleh dibuat dengan mengisi  borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

3. Senarai Kursus GIAT MARA

Senarai kursus yang ditawarkan oleh GIAT MARA di seluruh Malaysia adalah seperti di (Senarai Kursus).

4. Senarai Lokasi GIATMARA

Senarai lokasi GIAT MARA berhampiran anda (Lokasi GIAT MARA ).

Sila buat semakan MANUAL PERMOHONAN secara online bagi mengelakan permohonan tidak lengkap.

B. Semakan Keputusan GIATMARA 2017 Online

Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, semakan keputusan kemasukan ke GIAT MARA boleh disemak bermula 16 Januari sehingga 22 Januari 2017. Sila layariKPM untuk maklumat lanjut.

Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada gspel@giatmara.edu.m. Selamat membuat Permohonan Kemasukan GIAT MARA 2016 Online dan semoga anda berjaya.

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih