Gempar! Pesawat Pengebom AS Masuk Ruang Udara Korea Utara

Gempar! Pesawat Pengebom AS Masuk Ruang Udara Korea Utara – Pesawat pengebom dan penggempur Amerika Syarikat (AS) terbang melalui pantai Korea Utara semalam sebagai bantahan terhadap program senjata nuklearnya sekali gus memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara yang sedia tegang.

Terdahulu menteri luar negara yang dipinggirkan itu mengecam Donald Trump sebagai pemimpin ‘berpenyakit mental’ di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), manakala presiden AS membalas dengan ancaman baharu di Twitter.

Gempar! Pesawat Pengebom AS Masuk Ruang Udara Korea Utara

Episod berbalas retorik berterusan selepas dunia merasa terancam dengan cita-cita persenjataan Pyongyang termasuk cadangan negara itu minggu ini yang sedang mempertimbangkan untuk meletupkan bom Hidrogen di Pasifik.

Pesawat Pengebom AS Masuk Ruang Udara Korea UtaraPESAWAT tentera udara dan tentera laut Amerika Syarikat serta Tentera Udara Korea Selatan terbang di ruang udara Semenanjung Korea. – Foto AFP

Pesawat pengebom AS pernah melakukan penerbangan serupa sebelum ini, ketika AS dan masyarakat antarabangsa berjuang untuk mengekang program senjata Korea Utara.

Pentagon menegaskan ini adalah penerbangan di Zon Bebas Ketenteraan (DMZ) yang paling jauh ke utara pernah dilakukan mana-mana pesawat pejuang atau pengebom AS dari pantai Korea Utara pada abad ini.

“Misi ini adalah gambaran kesungguhan dan mesej jelas AS, bahawa presidennya memiliki banyak pilihan ketenteraan untuk mematahkan sebarang ancaman,” kata jurucakap Pentagon, Dana White. – AFP

Sumber: BH Online

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih