Gempa Bumi Kuat Berukuran 7.0 Magnitud Landa Jepun

Gempa Bumi Kuat Berukuran 7.0 Magnitud Landa Jepun

TOKYO: Gempa bumi kuat berukuran 7.0 magnitud melanda luar pantai barat daya Jepun hari ini, menurut Agensi Meteorologi Jepun. Gempa itu dilaporkan berlaku pada jam 5.51 pagi, pada kedalaman 10 kilometer di bawah dasar laut.

Pusat gempa adalah di 190 kilometer barat daya bandar Kagoshima. Gempa mencetuskan tsunami kecil dengan ketinggian 30 sentimeter pada jam 6.45 pagi di Nakanoshima, sebuah pulau kecil di selatan Kyushu.

Bagaimanapun, amaran tsunami untuk wilayah Kagoshima dan deretan pulau-pulau kecil sekitarnya ditarik balik pada jam 7.20 pagi. AP

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih