Gara-Gara Masih Tak Puas Hati, Bendera Malaysia Pula Diterbalikkan..

Gara-Gara Masih Tak Puas Hati, Bendera Malaysia Pula Diterbalikkan.. – Baru-baru ini, berlaku insiden berhubung bendera Indonesia dicetak terbalik di dalam sebuah buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Berikutan itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah membuat permohonan maaf dan menyatakan kesilapan itu tidak disengajakan.

Bendera Malaysia Pula Diterbalikkan

Semalam, Presiden Joko Widodo memaafkan Malaysia mengenai insiden tersebut dan berharap rakyat Indonesia tidak memberi reaksi berlebihan atas kesilapan panitia Sukan SEA di Malaysia.

Gara-Gara Masih Tak Puas Hati, Bendera Malaysia Pula Diterbalikkan..

Namun, hari ini lain pula ceritanya apabila sebuah video tersebar di YouTube menunjukkan bendera Malaysia pula dikibarkan secara terbalik.

Video berdurasi 20 saat itu memperdengarkan suara lelaki Indonesia yang tidak berpuas hati mengenai insiden bendera negaranya dicetak terbalik.

“Ini adalah bentuk pembalasan mungkin ya. Saya kecewa bangat gara-gara orang Malaysia mencetak bendera Indonesia secara terbalik.

“Sekarang giliran bendera Malaysia pula diterbalikkan. Macam ini lah bagus-bagus. Bagaimana perasaan kau? Bagus ni.”

Menurut sumber, pihak tidak bertangunggjawab itu dengan sengaja mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik dan mengelilingi ibu kota Indonesia.

Sumber: Hanasuva

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih