Gambar Nasha Aziz Bertelekung Di Masjid Kini Jadi Viral..

Gambar Nasha Aziz Bertelekung Di Masjid Kini Jadi Viral | Sudah lama tidak mendengar khabar pelakon wanita yang cun melecun ini. Nasha Aziz dilaporkan sudah berubah dan kembali mendekatkan diri dengan Allah. Demikian perkongsian seorang individu yang terserempak dengan selebriti itu di sebuah majlis ilmu yang memuat naik dua gambarnya sebagai bukti.

“Tadi, ada seorang kakak ni tegur, ‘dik, awak punya botol ke?’. Aku geleng kepala dan terus pandang muka dia.

“Perghh! Nasha Aziz!”

Gambar Nasha Aziz Bertelekung Di Masjid Kini Jadi Viral

Gambar Nasha Aziz Bertelekung Di Masjid Kini Jadi Viral

“MasyaAllah, cantik gila tanpa make up. Rupanya botol dia. Lepas itu dia duduk sebelah aku. Aku terambil tempat dia rupanya.

Jelas individu berkenaan, sudah kerap kali bertemu dengan artis yang datang ke majlis ilmu Habib Ali Zaenal Abidin. Antara yang pernah dijumpa ialah Abby Abadi, Anne Ngasri, Lisdawati, Yatt Hamzah.

“Tengok je dalam ni, kak Nasha tengah main handphone. Bersangka baik, mungkin dia tengah baca terjemahan Quran sebab ini pengajian berkita Habib Ali. Sebab lepas dia tengok handphone, dia terus berzikir pegang tasbih sepanjang tausiah Habib Ali. Allahuuu. Hebat,” katanya.

Kami doakan Nasha Aziz terus kekal seperti ini. Amin.

SUMBER

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih