Gambar Dinar Johor Jadi Viral

Gambar Dinar Johor Jadi Viral

Kuala Lumpur – Sekeping gambar Dinar Johor yang dimuat naik oleh sebuah akaun di laman Facebook milik TMJ Supporters Community dengan kapsyen, “Saw in Facebook. Just a share” telah meraih lebih 34,122 ‘Like’ dalam masa dua hari dan telah dikongsi sebanyak 25,551 kali.

JDT-600x360

Gambar terbabit turut tertera wajah pemerintah Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, cop Bank Johor Darul Takzim dan tandatangan Saifuddin Ali sebagai Gabenor Bank.

Kebanyakan komen yang diberikan pengikut laman tersebut menyatakan sokongan terhadap idea yang tersirat di sebalik gambar Dinar tersebut dan ada yang menyatakan agar Johor menjadi negeri yang berdaulat.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih