Gambar Aksi Melampau Pelancung Asing Di Puncak Kinabalu Tersebar..

Gambar Aksi Melampau Pelancung Asing Di Puncak Kinabalu Tersebar.. | Kota Kinabalu – Taman-Taman Sabah mengesahkan 10 pelancong asing, termasuk empat wanita berbogel di South Peak, Gunung Kinabalu yang gambarnya tersebar pada 30 Mei lalu.
Pengarahnya, Dr Jamili Nais, berkata malim gunung yang mengiringi pelancong terbabit sudah membuat laporan dan menulis surat kepada Taman-Taman Sabah berhubung kejadian berkenaan.
Beliau berkata, pada tarikh berkenaan, beberapa malim gunung mengiringi seramai 27 pelancong dari Eropah mendaki Gunung Kinabalu dengan 10 orang daripadanya berbogel di kawasan South Peak.
“Menurut malim gunung yang mengiringi kumpulan itu, beliau telah menegur dan melarang pendaki , asing terbabit melakukan aksi berkenaan. Bagaimanapun pendaki terbabit mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan berhubung kejadian itu, di sini, sebentar tadi, lapor Berita Harian.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih