Gadis Ber hijab Ini Menang Anugerah Busana Terbaik di Amerika !!

Gadis Ber hijab Ini Menang Anugerah Busana Terbaik di Amerika

Kalau biasanya di Amerika Syarikat yang boleh memenangi ‘The Best Fashion Senior School‘ adalah seorang Cheerleader atau seseorang yang berpakaian seksi.

Kini sesuatu yang berbeza berlaku tatkala seorang pelajar muslimah yang anggun, tertutup dan cantik ini menjadi pemenang dari ajang berprestij di sekolahnya itu.

Abrar Shahin, gadis muslimah asal New Jersey, Amerika Syarikat yang memenangi gelaran itu menuturkan,

“Biasanya cherleader yang menang dan menjadi gadis paling popular, jadi ini sangat mengejutkan bagi saya yang mengenakan hijab,” kata pelajar muslimah, Abrar Shahin kepada NorthJersey.com seperti dipetik laman onislam.net, Rabu, 1 Julai 2015.

Kemenangan Shahin yang mengenakan skirt hitam dan jeans, kasut setinggi lutut dipadukan dengan blazer putih dalam buku tahunan ini mencerminkan terbukanya pandangan pelajar AS terhadap hijab.

Menjadi pelajar bertudung pertama yang memenangi gelaran itu, wanita kelahiran Palestin ini bercadang melanjutkan sekolah terapi psikologi di Rutgers. Di samping tetap menjalankan syarikat fesyennya.

“Ini merupakan kehormatan melihat mereka yang melihat kami dan memperlakukan dengan adil. Serta mereka tak hanya sekadar melihat hijab, “ujar Shahin.2015.
hijab

Bulan lalu, seorang pelajar muslim di California juga dipuji kerana membuat kenyataan yang sederhana dan menghibur dalam buku tahunan. Kenyataan itu seolah memancarkan sinar dari hijab Islami yang dipakainya secara kreatif.

Pelajar berusia 17 tahun ini membuat kutipan dengan menggabungkan humor, agama, dan budaya dalam sebuah foto buku tahunan.

“Satu-satunya sebab saya memakai ini adalah untuk memberikan para wanita sebuah kesempatan,” tertulis dalam buku tahunan Summit High School. – mydebat.com

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...