Final FA 2015: Kelantan Dibaham Singa 3-1

Final FA 2015: Kelantan Dibaham Singa 3-1 | PASUKAN Kelantan akhirnya terpaksa akur ditundukkan 3-1 oleh Lions XII pada pentas final Piala FA 2015 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Singa yang bermula garang, menjaringkan gol pertama seawal minit ke-6 perlawanan.

Gol pertama Lions XII dijaringkan oleh Muhammad Faris Ramli.

Kelantan bangkit menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua dengan jaringan Wan Zack Haikal.

Bagaimanapun kelegaan Kelantan direntap Sahil Suhaimi yang menyaksikan Lions XII kembali mendahului perlawanan.

Ketika perlawanan berbaki beberapa minit, impian Kelantan musnah sama sekali apabila sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Lions XII berjaya disempurnakan oleh Suhil Suhaimi.

Trofi Piala FA 2015 menjadi milik Lions XII dengan kemenangan 3 – 1 ke atas Kelantan. lapor Sinar Harian.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 21 times, 1 visits today)

Leave a Reply