FIKIR-FIKIRKAN !!! Pemuda Ini Memuatkan Komen Yang PATUT Anda Fikirkan – Kes Pergaduhan di Plaza Low Yat

FIKIR-FIKIRKAN !!! Pemuda Ini Memuatkan Komen Yang PATUT Anda Fikirkan – Kes Pergaduhan di Plaza Low Yat

Bukit Bintang – 13 Julai 2015. Peristiwa pergaduhan di Plaza Low Yat kelmarin telah mendapat perhatian umum, boleh dikatakan menjadi viral di laman-laman sosial. Maka bermulalah serangan dari ‘keyboard warrior’ yang tiada hentinya. 

Setiap info samada bergambar, video, mahupun text ringkas ke WhatsApp, Twitter, Facebook, Wee Chat tidak terlepas pandang dengan info-info yang dikemaskini dan dikongsi oleh setiap orang.

Kecekapan polis dalam menangani situasi sebegini juga harus diambil perhatian. Tindakan pihak polis dengan menutup jalan di sekitar Bukit Bintang sedikit sebanyak dapat mengelakkan kejadian perbalahan ini lebih menjadi parah.

Lagi artikel menarik yang berkaitan:

1. Inilah KISAH SEBENAR Kes Lowyat Hasil Siasatan Polis Dan Bukti CCTV Yang Bakal Buat Ramai MELOPONG !!

2. Lebih 100 Orang Berkumpul di Depan Low Yat.. Amaran Kepada Peniaga Jangan Menipu…

3. Isu Lowyat: Respon Ayahanda Rani Kulup Tampil Beri Kenyataan Yang Berani 


Namun rata-rata netizen banyak memberi komen-komen yang negatif maupun positif.

Kapsyen pemuda ini di salah satu postingan di facebook membuatkan kita akan berfikir sejenak, ada baiknya seperti yang dikatakannya ini. Jadikanlah negara Malaysia sebuah negara yang aman.


“Malam ni kat lowyat..esok lusa kalau merebak ke tempat len..pisang beb !! Aku ada adk2 lg..mak pak aku..nenek kat kg..kita mmg x takut dengan bangsa cha ya nun alip ni..tp kita risau akan keselamatan keluarga kita..dan kita tidak minx pun untuk 513 berulang kembali..Please wahai bangsaku..pikirkan org disekelilingmu..biar cerita ini berakhir malam ini sahaja..jgn jdkan ianya sebagai sebuah sejarah besar negara..” – CA Aineel Zihnee

Seperti yang dikatakan oleh pemuda yang dikenali dengan CA Aineel Zihnee, Malam ni (bergaduh) di Low Yat, esok lusa kalau bergaduh di tempat lain, (jadi) pisanglah jawabnya.

Beliau juga menyatakan kebimbangan sekiranya perkara ini terus merebak ketempat lain kerana risau akan keselamatan keluarga. Beliau juga menyeru agar bangsa Melayu fikirkanlah juga kepada orang yang berada disekeliling, dan menyatakan supaya sejarah isu perkauman 13 Mei itu tidak akan berulang sekali lagi. – sensasi.org

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih