Facebook Menghampiri Angka 2 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Facebook Menghampiri Angka 2 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan – Facebook merupakan laman sosial yang paling popular dan kerap digunakan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Terkini, pihak Facebookberkongsi laporan semasa syarikat mereka, dan mengumumkan kini mereka mempunyai sekitar 1.86 bilion pengguna aktif setiap bulan.

Facebook Menghampiri Angka 2 BilionFacebook Menghampiri Angka 2 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Jikalau dilihat daripada setiap hari, Facebookmengatakan 1.23 bilion pengguna mengakses perkhidmatan mereka setiap hari, dan sekitar 1.15 bilion pengguna mengakses Facebookmelalui aplikasi mudah-alih setiap hari.

Dari segi penggunaan ciri-ciri, Facebook kini mempunyai sekitar 400 juta pengguna yang menggunakan fungsi panggilan audio dan video setiap bulan. Facebook Messenger sendiri yang beroperasi sebagai platform tersendiri dikatakan kini mempunyai 1 bilion pengguna aktif.

Selain Facebook, kini Instagram pula dilihat mempunyai sekitar 600 juta pengguna aktif setiap bulan, selain WhatsApp yang mempunyai 1.2 bilion pengguna aktif setiap bulan. Instagram Stories sendiri memperlihatkan digunakan oleh lebih 150 juta pengguna setiap hari.

Dengan pelbagai perkembangan sihat ini, semestinya Facebook mempunyai lebih perancangan lain dalam bukan sahaja memastikan pengguna tidak meninggalkan platform mereka – tetapi turut mempertingkatkan pendapatan melalui perkhidmatan Facebook. Sebelum ini, ia diperkatakan Facebook kini turut melihat kepada kaca televisyen dalam menawarkan perkhidmatan mereka.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih