EcoWorld Raih RM2.58 Bilion Daripada IPO

EcoWorld Raih RM2.58 Bilion Daripada IPOEco World International Bhd menyasar untuk meraih hasil kasar kira-kira RM2.58 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO), kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Teow Leong Seng. “Syarikat akan menerbitkan kira-kira 2.15 bilion saham baharu. Tawaran runcit, yang terdiri daripada 408 juta saham IPO, akan mewakili 17 peratus daripada jumlah modal terbitan dan berbayar Eco World, yang ditambah, pasca penyenaraian,” katanya pada pelancaran prospektus syarikat di sini, Khamis.

EcoWorld Raih RM2.58 Bilion Daripada IPO

Leong Seng berkata, tawaran runcit berkenaan pada RM1.20 sesaham.

EcoWorld Raih RM2.58 Bilion Daripada IPO

Beliau berkata 52.9 peratus daripada hasil IPO akan digunakan untuk membayar balik hutang dalam tempoh enam bulan, berjumlah RM1.37 bilion, dan 43.6 peratus (RM1.13 bilion) akan digunakan untuk modal kerja dan/atau pemerolehan tanah pada  masa depan.

Baki hasil tersebut diperuntukkan bagi penyelesaian pemerolehan  Eco World Investment dan anggaran perbelanjaan penyenaraian, katanya.

Daripada 17 peratus yang diperuntukkan bagi tawaran runcit, 240 juta ditawarkan untuk pemegang saham Eco World Development Group Bhd yang layak, 120 juta saham untuk pengarah dan pekerja Eco World dan Eco World Development yang layak manakala baki 48 juta saham were diperuntukkan untuk orang ramai.

EcoWorld turut menandatangani perjanjian langganan saham dengan GuocoLand Ltd bagi pegangan strategik 27 peratus dalam modal saham terbitan dan berbayar yang ditambah.

EcoWorld Raih RM2.58 Bilion Daripada IPO

Syarikat turut menandatangani perjanjian tawaran pemegang saham utama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), yang bersetuju melanggan 212.4 juta saham dalam agregat.

Leong Seng berkata, harga saham tawaran institusi dijangka antara RM1.15 dan RM1.20 sesaham.

“Kami memulakan proses penerangan (bagi IPO) awal tahun ini, meliputi  Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong, dan membawa hasil yang baik setakat ini sehingga PNB, KWAP dan KWSP menandatangani perjanjian,” katanya. – Bernama

Tags: iproperty, IPO, eco majestic, property guru, iproperty, IPO, eco majestic, property guru, iproperty, IPO, eco majestic, property guru, 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous