Dua Pelajar Kolej Maut Lumba Haram

Dua Pelajar Kolej Maut Lumba Haram

Ipoh – Dua pelajar kolej dan seorang lagi penunggang motosikal dilapor maut ketika berlumba haram di Kilometer 283.6, Lebuhraya Utara-Selatan arah ke selatan berhampiran Simpang Pulai awal pagi tadi.

Mereka yang maut dalam kejadian jam 3.20 pagi itu dikenali sebagai Mohd Azwandi Riffen, 26, dari Sungai Siput manakala dua pelajar kolej berkenaan ialah Muhamad Nursyafiq Sham, 19, dari Malim Nawar dan Syed Muhammad Aiman Syed Hassandi, 18, dari Sungai Siput.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, difahamkan mereka serta kira-kira 100 penunggang yang lain sedang berlumba dari arah Tol Ipoh Selatan (Ampang) menghala ke Simpang Pulai.

“Mereka dikatakan berlanggar antara satu sama lain dan menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan dan meninggal di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata kesemua penunggang motosikal yang lain itu melarikan diri ketika pihak polis tiba ke tempat kejadian.

“Tiga motosikal mangsa turut tidak ditemui dan kami dipercayai ia telah dilarikan oleh rakan-rakan mangsa,” kata Wan Jamil.

Pihak polis sedang giat mengesan mereka yang terbabit dalam perlumbaan tersebut, lapor Bernama.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih