Dua Beradik Tiri Maut Motosikal Rempuh Kereta

Dua Beradik Tiri Maut Motosikal Rempuh Kereta

Kota Bharu: Dua beradik tiri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh kereta di Kampung Hutan Buloh Melor, di sini, 6 petang semalam.

Penunggang motosikal, Muhammad Ikhmal Hisyam Mat Zin, 13, dan adik tirinya, Muhammad Danieal Akmal Mohd Sakri, 12, maut di lokasi kejadian akibat cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mangsa menunggang motosikal dari arah Melor ke Gunong, Bachok terbabas sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu lelaki dari arah bertentangan.

“Akibatnya, kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan dan meninggal dunia.

“Mereka mengalami kecederaan parah di kepala kerana tidak memakai topi keledar,” katanya di sini, hari ini. lapor myMetro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih