Tahukah anda DRIVESHAFT yang bermasalah boleh merosakkan komponen dalaman GEARBOX AUTO? Bagaimana cara untuk mengesan driveshaft yang bermasalah?

Gearbox

Perkara yang perlu anda tahu tentang driveshaft

Driveshaft adalah komponen yang memindahkan kuasa dari gearbox pada tayar untuk berputar. Ia dipasang pada bahagian kiri dan kanan gearbox… pada setiap driveshaft ada 2 CV JOINT iaitu inner cv joint dan outer cv joint (pada tayar). Kebiasaannya kerosakan akan berlaku pada bearing cv joint disebabkan oleh faktor wears and tears.

Cara mengesan kerosakan pada CV JOINT

1. Ketika anda membuat U-TURN, terdengar bunyi yang mengikut pusingan tayar… sama ada kiri atau kanan tayar. Bermakna outer cv joint pada driveshaft bermasalah. Ia akan mengganggu pemanduan tetapi tidak akan merosakkan gearboxauto.

2. Masuk gear D, tekan paddle minyak dengan lebih secara mengejut. Anda dapati steering bergegar semasa kereta bergerak… bermakna inner cv joint pada driveshaft bermasalah. Ini akan menyebabkan gearboxauto anda dalam keadaan BERISIKO kerana gegaran pada gearboxauto akan terhasil. Anda perlu ingat, gearbox boleh tahan pada sentapan tetapi TIDAK pada GEGARAN…

Jika anda dapati inner cv joint bermasalah, jangan dibiarkan masalah ini berlarutan hingga 2-3 bulan… ia akan menyebabkan kerosakan pada komponen dalaman gearbox terutama pada clutch plate, bearing dan seal dalaman (komponen yang sensitif). Tekanan hidraulik dalam gearboxauto juga akan terganggu.

Simptom awalan kerosakan gearbox yang akan anda hadapi sekiranya tidak menggantikan driveshaft yg bermasalah:

1. Pertukaran gear terganggu

2. Akan berlaku slipping semasa pertukaran gear

3. Gear D atau R lambat berfungsi

4. Gearboxauto bunyi berdengung

5. Berlaku sentapan semasa pertukaran gear

Apa yang perlu dibuat sekiranya simptom di atas ada pada gearbox anda?

Driveshaft yang bermasalah perlu diganti. Sebagai rawat awal, gunakan GearboxAuto Treatment dari JV Auto Lube untuk merawat komponen dalaman gearbox yang bermasalah dan memulihkan tekanan hidraulik. Bahan yang terdapat dalam gearboxauto treatment kami boleh memulihkan sifat keanjalan getah pada seal dalaman… juga untuk mengurangkan geseran melampau yang boleh menyebabkan clutch plate semakin haus dan mencegah bearing dari pecah. Masalah akan beransur pulih dalam tempoh 2 ke 4 minggu… insyaAllah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih