DRB-Hicom Didakwa Berdolak-dalik

SYARIKAT pengeluar kereta China, Kumpulan Geely Automobile Holdings Ltd. (Geely) yang dikatakan akan mengambil alih Proton, anak syarikat milik penuh DRB-Hicom sebelum ini kemungkinan tidak meneruskan keputusannya tersebut. Ini berikutan Geely mendakwa DRB.Hicom berdolak dalik dan gagal memberikan keputusan muktamad mengenai perjanjian kerjasama antara kedua-dua pihak yang mengadakan rundingan sejak beberapa bulan lalu.

drb hicom

See Hua Online melaporkan, Pengerusi Kumpulan Geely, Li Shufu berkata, pihak syarikatnya keliru dengan pendirian pengurusan DRB.Hicom yang tidak dapat memberi jawapan jelas sehingga hari ini.

DRB-Hicom Didakwa Berdolak-dalik

“DRB-Hicom seperti tidak tahu apa yang mereka mahukan. Mereka sentiasa mengubah rancangan. Sekiranya berlaku keadaan ini, Geely mungkin tidak akan meneruskan rancangan ambil alih Proton ini,” kata Shufu ketika mengadakan sidang akhbar di Beijing, China Jumaat lalu.

Selepas kenyataan Shufu t, pada hari yang sama, harga saham DRB.Hicom Bhd jatuh lima sen atau 3.45 peratus di Bursa Malaysia. Ia ditutup pada harga RM1.40.

Sehingga hari ini, pihak pengurusan DRB.Hicom belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas ke atas pengumuman oleh pengerusi Kumpulan Geely itu.

Ini menyebabkan pencarian DRB.Hicom untuk mendapatkan rakan kongsi dari negara asing yang mendapat tumpuan sektor automotif di peringkat antara bangsa terus meninggalkan teka-teki.

DRB-Hicom Didakwa Berdolak-dalik

Dua minggu lalu, DRB-Hicom menjelaskan pengumuman mengenai rakan strategik Proton akan ditentukan bila-bila masa dalam separuh masa pertama tahun ini.

Sementara Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula memaklumkan keputusan pemilihan rakan strategik Proton hanya diketahui selepas 15 Februari lalu, iaitu tarikh akhir untuk setiap syarikat asing yang berminat untuk menjadi rakan strategik Proton menyerahkan cadangan mereka. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous