Live Streaming TV Drama Sumpah Ibu, Kisah Si Tanggang Moden

Live Streaming TV Drama Sumpah Ibu, Kisah Si Tanggang Moden – PADA zaman dahulu, kita sering mendengar cerita sumpahan yang menjadi teladan seperti Si Tanggang yang derhaka kepada orang tuanya setelah berjaya di dalam hidup dan akhirnya disumpah ibunya menjadi batu.

Begitulah juga kisah drama Sumpah Ibu terbitan A Aida Production Sdn Bhd. Drama 20 episod arahan Rusdi Ramli itu membariskan pelakon Adiba Yunus, Rashidah Jaafar, Nafiez Zaidi, Eyka Farhana, Faiz Tapaw dan Ramli Salleh, disiarkan setiap Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam bermula 8 Januari lalu.

drama sumpah ibu

Menurut Rusdi, biarpun secara luaran nampak klise tetapi dia percaya dengan kekuatan jalan cerita dan lakonan pelakon yang terlibat.

Live Streaming TV Drama Sumpah Ibu, Kisah Si Tanggang Moden

“Kisah anak derhaka ini sering dijadikan tema dalam sesebuah drama atau telefilem tapi kebanyakannya merujuk kepada lelaki.

“Dalam drama ini kita twist dengan meletakkan perempuan yang lupa diri dan penyampaian cerita ini berbeza dalam konteks dalamannya.

“Tonton dulu dan nilai serta hayati mesejnya,” katanya kepada Media Hiburan.

Tambah Rusdi, walaupun ramai muka baru namun dia memberi kepercayaan kepada pelakon untuk melakonkan watak mereka.

“Sebelum ini, saya suka memikirkan karakter untuk setiap pelakon dan bila mereka tak dapat berikan apa yang saya mahu, saya rasa sakit hati (ketawa).

“Jadi kali ini, saya lepaskan dan biarkan mereka, tapi dalam masa yang sama, saya pantau momentum mood mereka.

“Hasilnya saya rasa drama ini paling relaks pernah saya arahkan kerana semua tahu kerja masing-masing,” jelasnya yang kini sedang sibuk mengarahkan sebuah lagi drama untuk siaran TV3.

Live Streaming TV Sinopsis Drama Sumpah Ibu

Sumpah Ibu mengisahkan kehidupan Intan (Adiba) seorang gadis bijak tekad belajar kerana mahu keluar daripada kemiskinan keluarganya.

Dia berasa terbeban untuk memikul tanggungjawab ibunya, Kasmah (Rashidah) setelah ayahnya, Mansur (Ramli Saleh), lumpuh.

Intan mempunyai seorang abang, Fauzi (Faiz) yang cacat dan juga seorang adik iaitu Farhan (Nafiez).

Dia juga mempunyai seorang kekasih bernama Haris (Chomatt), pemuda yang baik hati dan sentiasa membantu keluarga Intan.

Kasmah sangat menyayangi Intan walaupun sering dimarahi kerana Intan terbeban dengan masalah keluarga.

Namun Intan mula lupa diri dan pada sumpahnya untuk membantu keluarga apabila dia sudah berjaya.

Lebih ironi, Intan langsung tidak peduli apabila projek pembinaan yang bakal diuruskan oleh syarikat Nasir (Erry Putra), kekasih barunya itu akan memusnahkan penduduk kampung tempat dia membesar.

Intan curang pada Haris yang sentiasa berada di sisi ketika dia susah.

Kamsah menjadi murung dan sentiasa sedih mengenangkan Intan yang sudah lupa janjinya.

Adakah selamanya Intan dapat hidup tenang dengan melupakan sumpah yang dilafazkan dahulu? Dapatkan Kasmah memaafkan Intan? Ikuti kisah selanjutnya dalam drama Sumpah Ibu. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih