Dikalangan Kita Ini, Sebenarnya Sudah Ada Ahli Syurga. Siapa Mereka?

Dikalangan Kita Ini, Sebenarnya Sudah Ada Ahli Syurga. Siapa Mereka?

Dikalangan Kita Ini, Sebenarnya Sudah Ada Ahli Syurga. Siapa Mereka? – Usai kuliah Subuh pagi tadi di Masjid Taman Kosas, Ampang. Sementara menikmati sarapan pagi (moga Allah berkati individu yang infaq), terlihat kelibat seorang lelaki berjubah lusuh mundar mandir sambil di tangannya memegang sepinggan nasi kerabu yang membukit tinggi.

Dikalangan Kita Ini, Sebenarnya Sudah Ada Ahli Syurga. Siapa Mereka?

“Dia cari tempat duduk tu ustaz. Ada orang dia tak ‘ngam’… tu yang dia ke sana ke mari tu.”

Jemaah lain pula bersuara.

“Dia ada kekurangan (mental). Orang kata dia tak betul. Tapi dia tak pernah tinggal solat jemaah.”

Saya mencelah.

“Masya Allah. Siapa yang tak betul ni? Siapa yang bermasalah mental sebenarnya? Orang yang dianggap sihat akal dan mental pun tak datang solat jemaah…”

Jemaah masjid tertawa.

Dikalangan Kita Ini, Sebenarnya Sudah Ada Ahli Syurga. Siapa Mereka?

Saya dapat maklumat. Beliau memeluk Islam sejak 5 tahun yang lalu. Semenjak itu, dia menjadi ‘penghuni’ setia masjid ini.

Apa bikinnya? Dari rakaman cctv, jam 2 atau 3 pagi, kelihatan kelibatnya menyapu sampah dan membersihkan masjid.

Setiap kali ada jamuan dan seumpamanya, dia akan membasuh pinggan dan cuci bekas makanan kemudiannya mengemas.

Hebatnya. Semua itu tanpa rungutan. Tiada suara ketidakpuasan.

Dia tidak pernah mengutuk sesiapa. Tiada umpatan di bibirnya. Hanya sapaan jemaah dan ucapan salam yang meniti di lidah.

Kata seorang penggiat dan aktivis masjid “Dia ni kalau diajar satu sunnah atau amalan, dia akan betul-betul pegang dan buat dengan istiqamah walaupun sedikit.”

“Kalau nak masuk masjid tu, kaki kanan dah sedia sambil baca doa kuat-kuat. Masa nak keluar, kaki kiri pun sedia dan selagi tak doa dia tak keluar.”

Kisah lelaki ini diketahui ramai. Kata A.F Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus hafizahullah :

“Di dunia ni, sebenarnya sudah ada ‘ahli Syurga’ yang berjalan dan hidup di kalangan kita…”

Orang kata dia tak betul. Siapa sebenarnya yang tak betul?

 

Penulisan asal : Ahmad Husni Abd Rahman via iluminasi.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih