Detik Cemas Tiga Beranak Dilarikan Penjenayah di Stesen Minyak

Detik Cemas Tiga Beranak Dilarikan Penjenayah di Stesen Minyak – KUALA KRAI – Tiga beranak berdepan detik cemas setelah kereta dinaiki dilarikan penjenayah di sebuah stesen minyak di Batu Jong,kira-kira jam 10.30 malam, semalam.

Tiga Beranak Dilarikan Penjenayah di Stesen Minyak

Ketika kejadian mangsa, Nur Baitin Nadiah Awang, 23,bersama ibunya, Fatimah Husin 62, bapa, Awang Abu Bakar, 62, serta dua anaknya, Nur Amara Darwisha Mohd Nije, 2 dan Nur Aleya Batrisya Mat Nije, 6, dalam perjalanan dari Bandar Kuala Krai ke rumah mereka di Batu Jong.

Detik Cemas Tiga Beranak Dilarikan Penjenayah di Stesen Minyak

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, setelah tiba di stesen minyak bapa mangsa ke tandas sementara mangsa turun untuk mengisi angin tayar kereta.

“Semasa mangsa mengepam tayar,keretanya terundur ke belakang dan bapanya sempat menarik suspek untuk memberhentikan kenderaan namun gagal.

” Ketika kereta beredar mangsa melihat sebuah kereta proton wira biru mengekori kenderaan berkenaan,”katanya kepada Sinar Harian.

Abdullah berkata, sepanjang dilarikan dua penjenayah,Fatimah diacu dengan pisau pada leher.

“Mangsa bagaimanapun ditinggalkan di Machang bersama dua cucunya,” katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai berketurunan India berdasarkan percakapannya dan berkulit gelap serta memakai sarung tangan.

“Sehingga kini tiada tangkapan dibuat dan polis sedang memburu dua suspek dipercayai berketurunan India,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih