Dera Anak: Pasangan Suami Isteri Direman 4 Hari

Dera Anak: Pasangan Suami Isteri Direman 4 Hari

Pasir Mas – Suami isteri ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia lima tahun. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa, hari ini.

Pasangan itu yang juga bapa dan ibu tiri kanak-kanak berkenaan berusia 39 serta 25 tahun sebelum itu ditahan polis di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001.

Akhbar sebelum ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun patah 13 tulang dan cedera teruk dipercayai didera ketika dalam jagaan ibu tiri di Rantau Panjang, di sini.

Kanak-kanak itu dikenali Yaya dipercayai sudah dicederakan sejak enam bulan lalu, sebelum disedari ibu kandung Sana Abdul Malek, 28, pada Rabu selepas mengambilnya dari jagaan bekas suami dan ibu tiri, lapor Harian Metro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih