Debat 1MDB: Rafizi Penganti Tony Pua

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sah menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk berdebat dengan Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya sedia berbincang dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berhubung debat secara langsung itu.

“Pakatan Harapan menawarkan Rafizi untuk menggantikan tempat Tony Pua.

“Kami mencadangkan ia dibuat dalam siaran TV langsung di hadapan penonton secara langsung dan dalam bahasa kebangsaan,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih