DBKL Batal Lesen Peniaga Jalan Petaling

DBKL Batal Lesen Peniaga Jalan Petaling

Putrajaya – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen serta-merta ke atas peniaga di Jalan Petaling yang didapati melanggar peraturan perniagaan dengan menyewakan premis mereka kepada warga asing.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana peluang perniagaan sepatutnya diberi keutamaan kepada rakyat di negara ini.

“Peniaga hanya boleh mengambil warga asing sebagai pekerja dan bukan menjadikan mereka tauke (pemilik premis), kita juga melakukan tindakan yang sama ke atas peniaga di Jalan Alor,” katanya kepada pemberita selepas program Berkhatan Perdana Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata sesetengah pemilik perniagaan yang menjual lesen atau menyewakan premis mereka kepada warga asing dengan harga berlipat kali ganda bertujuan untuk mendapat keuntungan segera.

Beliau berkata keadaan ini turut berlaku di pasar-pasar borong dan pihaknya juga sedang mengambil tindakan yang sama terhadap peniaga yang melanggar peraturan, lapor Bernama.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih