Daftar Permohonan Skim Myhome 2017 Rumah Mampu Milik

Daftar Permohonan Skim Myhome 2017 Rumah Mampu Milik Untuk Anda Layak Dapat Bantuan Subsidi RM30,000. Daftar Borang  Skim Myhome Rumah Pertama (Mampu Milik) :

Daftar Permohonan Skim Myhome 2017 Rumah Mampu Milik
Akhirnya dalam pada usaha pihak kerajaan Malaysia mahu membendung ledakan kenaikan harga rumah dan ketidakmampuan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah beli rumah pertama, kerajaan tawarkan bantuan beli rumah pertama yang berbentuk bantuan subsidi RM30,000 kepada anda, anda yang layak.

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome :

Bantuan Subsidi Beli Rumah Pertama?

  1. Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome
  2. Program & skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 Peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  3. Antara objektif atau matlamat utama skim MyHom, membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana.
  4. Program & Skim Myhome ini turut menawarkan bantuan beli rumah (subsidi) sehingga maksimum RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
  5. Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  6. Terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome 2017: Syarat Kelayakan?

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  3. Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  4. Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Contoh pembayaran Subsidi?

  1. Subsidi beli rumah pertama ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  2. Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  3. Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.

Cara & Tarikh Daftar Borang Permohonan Skim Myhome?

  • Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang permohonan bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.
  • Daftar Borang Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.

Berita Daftar Borang Permohonan Skim MyHome Rumah Mampu Milik 2017

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih