Cuti Aidilfitri 2017: Sekolah cuti seminggu

Cuti Aidilfitri 2017: Sekolah cuti seminggu

Cuti Aidilfitri 2017: Sekolah cuti seminggu – KUALA LUMPUR, 3 Ramadan 1438H, Isnin – Kementerian Pendidikan mengumumkan, sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bakal menikmati ‘cuti panjang’ selama seminggu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 25 Jun ini.

Cuti Aidilfitri 2017: Sekolah cuti seminggu

Dalam satu pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, kementerian memberitahu, bagi sekolah kumpulan A yang terdiri daripada Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, sekolah akan mula bercuti pada 23 Jun sehingga 1 Julai.

Manakala bagi sekolah Kumpulan B yang terdiri daripada Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pula akan bercu.ti pada 24 Jun sehingga 2 Julai.

“Kementerian telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolah bagi 2017 yang melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Natal.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi cu.ti perayaan yang diperuntukkan kementerian dan cu.ti ini tidak perlu diganti,” kata pekeliling itu.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih