‘Crown’ Susu Datuk Seri Vida Tarik Perhatian

‘Crown’ Susu Datuk Seri Vida Tarik Perhatian – BEBERAPA hari ini, pengguna jalan raya di sekitar Lembah Klang dikejutkan dengan iklan kreatif dari Dairy Champ yang menggunakan wajah Datuk Vida dan juga Datuk David Arumugam untuk iklan baharu mereka.

‘Crown’ susu Datuk Seri Vida tarik perhatian

Menariknya mengenai iklan tersebut adalah bagaimana Datuk Seri Vida dipaparkan bersama imej air batu campur (ABC) seolah-olah memakai ‘crown’ yang diperbuat daripada susu sejat menggunakan tagline ‘Mahkota untuk ais kacang’.

Sementara iklan yang memaparkan Datuk David Arumugam pula menggunakan buih teh tarik yang kelihatan seperti ‘trademark’ rambut afro beliau dengan tagline ‘Teh tarik berbuih hebat’.

 ‘Crown’ Susu Datuk Seri Vida Tarik Perhatian

Vida atau nama sebenarnya Dr Hasmiza Othman menerusi media sosial beliau turut memuat naik iklan itu dan meminta agar peminat-peminatnya memberikan sokongan terhadap iklan tersebut.

“Tengok sini sayang-sayang! Saya pakai ‘crown’ yang diperbuat daripada susu, cantikkan?

“Crown ini diperbuatkan daripada krimer sejat Dairy Champ tau, sesuai untuk makanan dan minuman terutamanya ais kacang, jangan lupa ‘like’ dan ‘share’ ye sayang-sayang, comel tak? ” tulisnya.

Nyata iklan tersebut mendapat perhatian ramai pengguna lebuh raya tersebut yang memuji cara kreatif syarikat tersebut dalam mempromosikan produk mereka.

“Kreatif sungguh, lawak pun ada,” tulis dotty_mony di laman Instagram Vida.

“Semalam nampak kat Lebuhraya Persekutuan. Comel!!!,” tulis fz.kl pula. – Sinar Harian

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...