Charles Morais ‘Penjenayah Negara’ – Luahan Richard Morais

Charles Morais ‘Penjenayah Negara’ – Luahan Richard Morais

Kuala Lumpur – Datuk Richard Morais dengan tegas melabelkan abangnya, Charles Suresh Morais sebagai ‘penjenayah negara’. Malah beliau menggesa supaya abangnya itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

Richard Morais terkejut kerana polis masih belum bertindak dan menggesa mereka untuk menjejaki abangnya itu dan mencadangkan perintah ekstradisi jika abangnya itu telah kembali ke Amerika Syarikat, di mana beliau menetap sejak tahun 1984.

“Saya percaya dan awak boleh petik saya, jika dia telah melarikan diri, Richard akan bercakap kepada perdana menteri untuk mengekstradisinya.

“Saya akan gunakan kenalan saya untuk mengekstradisi dia pulang ke negara ini. Dia masih seorang rakyat Malaysia,” katanya.

Richard juga merancang untuk membuat laporan polis terhadap abangnya, seorang pemilik hotel yang berpangkalan di Altanta, esok, lapor Malasiakini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih