CEMAS !! Kereta Myvi Wanita Ini Dilarikan Bersama Anak Saudara

Kota Tinggi – Seorang lelaki melarikan sebuah kereta jenis MyVi di hadapan sebuah pasar raya di Bandar Penawar dekat sini, dengan seorang budak lelaki berusia empat tahun di dalamnya, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman, berkata dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa wanita berusia 21 tahun itu sedang memunggah barang ke kereta yang enjinnya masih hidup.

Katanya, suspek lelaki berbadan kurus dan memakai cermin mata secara tiba-tiba membuka pintu hadapan dan melarikan kereta mangsa dengan anak saudara wanita berkenaan di dalamnya.

“Bagaimanapun suspek kemudian menurunkan dan meninggalkan kanak-kanak itu di simpang tiga berhampiran stesen minyak Petronas Bandar Penawar di sini.

“Beberapa penunggang motosikal yang berada berhampiran tempat kejadian turut membantu mengejar suspek selepas mendengar jeritan mangsa,” katanya.

Rahmat berkata, suspek kemudian dikejar sehingga ke kawasan ladang kelapa sawit di Felda Adela namun berjaya melarikan diri dalam kebun dan menghilangkan diri.

Katanya, dua penunggang motosikal turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Penawar selepas terjatuh akibat dihimpit suspek semasa mereka mengejarnya.

“Kenderaan mangsa yang dilarikan juga telah dijumpai di tepi jalan Felda Adela dan telah dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjutnya,” katanya, lapor Bernama.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih