Celcom Online Passport Fleksibel

Celcom Online Passport Fleksibel – CELCOM Axiata Berhad (Celcom), penyedia rangkaian data terkemuka di Malaysia, membuat sambungan mudah alih di luar negara bagi memastikan pelanggan terus berhubung dengan perkhidmatan perantauan antarabangsa, menerusi Celcom Passport.

Celcom Passport menawarkan pelan internet fleksibel di mana-mana sahaja, pada satu kadar rata, dengan empat pelan berbeza, melibatkan ‘7-Day 3-in-1’, ‘1-Day Calls and SMS’, ‘1-Day Internet’ dan ‘1-Day Social Roam’, untuk pelanggan pasca bayar dan prabayar.

Celcom Online Passport Fleksibel

Celcom Online Passport Fleksibel

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaannya, Azwan Khan Osman Khan berkata, sambungan data kini merupakan keperluan apabila meninggalkan rumah untuk terlibat secara digital, di mana sahaja mereka berada.

“Pelanggan kini boleh menggunakan peranti mereka melayari Facebook, menggunakan WhatsApp, memuat naik gambar dan video di Instagram dan banyak lagi di negara lain seperti United Kingdom, Brazil atau Afrika Selatan,” katanya.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!