Cara Tukar Nama Geran Kereta dan Motor di JPJ

Cara Tukar Nama Geran Kereta dan Motor di JPJ – Jabatan Pengangkutan Jalan ada menyediakan kemudahan kepada kalangan anda yang mana ahli keluarga contohnya sudah meninggal dunia dan mahu tukar nama geran motor ataupun tukar nama geran kereta dengan cara yang lebih mudah dan cepat.

Cara Tukar Nama Geran Kereta dan Motor di JPJ

Cara Tukar Nama Geran Kereta dan Motor di JPJKebiasannya ada kalangan yang sudah meninggal dunia, motor dan kereta yang telah ditinggalkan terbiar begitu sahaja. Ini kerana ada yang bernaggapan prosedur yang ditetapkan menyusahkan.

Walaubagaimanapun, kereta atau motor tersebut mahu digunakan setiap hari dan dalam pada masa mahu mengelakkan sebarang masalah termasuklah ketika berhadapan sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ. Seperti yang anda sedia maklum, mana kenderaan kereta atau motor yang dilihat berada di atas jalan raya tetapi sudah tamat tempoh anda akan ditahan dan kena saman JPJ. Jadi anda berhadapan situasi seperti ini usah bertangguh terlalu lama.

Cara Tukar Nama Geran Kereta dan Motor di JPJ

Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk anda tukar nama geran motor atau kereta yang mana sudah pun meninggal dunia :

Bil Senarai Proses dan Turutan Pautan yang Berkaitan
1. Bawa 2 salinan Borang Senarai Semak (Permohonan Pertukaran Milikan Motor Selain Secara Sukarela) Borang TM-3
2. Bawa 2 salinan (Borang penyata pertukaran milikan kenderaan motor selain daripada pindahmilik secara sukarela oleh pemunya berdaftar) Borang JPJ K3A
3. Bawa geran asal motor atau kereta
4. Bawa bersama surat perintah dari Pejabat Harta Pusaka Kecil atau surat mahkamah atau surat akaun dari Amanah Raya yang telah berikan kebenaran anda untuk tukar nama geran
5. Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang masih lagi sah dan layak utnuk anda pindah milik geran

Kepada pemilik yang sudah meninggal dunia, jikalau roadtax kereta atau motor miliknya masih lagi aktif, apabila sudah tamat tempoh anda hanya boleh renew sekali sahaja untuk 6 bulan seterusnya.

Cara Tukar Nama Geran Kereta dan Motor di JPJ

Selepas daripada itu tidak dibenarkan untuk anda renew roadtax atau cukai jalan kenderaan tersebut. Jadi apa yang boleh anda lakukan ialah anda perlu tukar nama geran sesegera mungkin pada waktu itu.

Siapa yang Ada Hak Tukar Nama Geran Si Mati?

  1. Pastikan nama anda tertera pada wasiat rasmi si mati
  2. Jikalau tiada dalam wasiat tersebut dan masih tiada pemiliknya, anda boleh hantar permohonan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil/Pejabat Tanah bagi mengetahui siapa yang ada hak terhadap motor atau kenderaan yang ditinggalkan
  3. Selepas dokumen dan telah melalui proses tentu dan waktu yang telah ditetapkan, anda akan menerima surat kebenaran atau perintah mahkamah atau surat pentadbir pusaka samada anda layak atau tidak
  4. Dah ada surat kuasa tersebut, anda boleh bawanya ke JPJ untuk proses tukar nama geran pula
cara tukar nama geran kereta

SEBARKAN

Facebook

Twitter

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms:

No Responses

  1. admin