Cara Merahkan Bibir Secara Semulajadi

Cara Merahkan Bibir Secara Semulajadi 

Bibir yang kemerah-merahan seperti buah delima tanpa menggunakan gincu sememangnya menjadi idaman setiap wanita di dunia ini.

Tidak dapat dinafikan, ramai wanita yang mempunyai masalah bibir berwarna gelap gara-gara penggunaan gincu yang kurang sesuai. Gincu mempunyai kandungan bahan kimia yang agak tinggi dan jika digunakan dengan kerap, ia akan membuatkan warna asli bibir berubah.

Oleh itu, Katak Comel mahu kongsikan beberapa cara merahkan bibir secara semulajadi kepada semua para pembaca sekalian.

Cara Merahkan Bibir Secara Semulajadi

1. Ubat Gigi
Ambil sedikit ubat gigi dan sapu di keseluruhan bibir, biarkan ubat gigi kering seketika lebih kurang dua hingga tiga minit dan kemudian bilas dengan air bersihkan. Cara ini boleh dilakukan setiap kali anda ingin menggosok gigi.

2. Madu
Ambil sedikit madu dan sapukan ke bibir setiap kali sebelum tidur. Selain itu, madu juga mampu menjadikan bibir anda sentiasa lembab. Cara ini perlu dilakukan setiap hari.

3. Air Suam
Minum air suam yang mencukupi iaitu 8 gelas sehari mampu membuatkan bibir kelihatan segar dan berwarna kemerah-merahan.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!