Cara Membuat Bawang Goreng Rangup Yang Sedap Dan Tahan Lama

Cara Membuat Bawang Goreng Rangup Yang Sedap Dan Tahan Lama – Masakan akan bertambah sedap apabila ditaburkan dengan bawang goreng. Rasa tak lengkaplah makanan seperti soto, bihun sup, mee rebus, nasi goreng, mee goreng jika tak diserikan dengan taburan bawang goreng.

Bawang Goreng Rangup

Cara Membuat Bawang Goreng Rangup Yang Sedap Dan Tahan Lama

Bahan-Bahan Bawang Goreng Rangup:

  • 1/2 kg bawang merah di hiris nipis
  • 2-3 ulas bawang putih hiris nipis
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam dan gula utk perasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Menyediakan Bawang Goreng Rangup:

  1. Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
  2. Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
  3. Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
  4. Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak .
  5. Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
  6. Gorenglah sehingga habis .

SEDIKIT TIP MENGGORENG

  • Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng
  • Masa menggoreng jangan sampai terlalu kuning diatas api sebab bila kita angkat bawang tu akan lebih kuning.
  • Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning didalam minyak, bila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya..
  • Sedap di ratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap
  • Biarkan sehingga sejuk dan minyak nya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Kredit resepi: Puan Nooriah Abdullah

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih