Cara Membersihkan Telinga Dengan Betul

Cara Membersihkan Telinga Dengan BetulMembersihkan telinga dengan kerap sering dianggap sebagai tanda kebersihan yang baik. Tetapi secara manualnya membersihkan tahinya sebenarnya boleh merosakkan pendengaran seseorang, mengikut garis panduan baru oleh pakar-pakar dari Amerika Syarikat.

Penyelidik di American Academy of Otolaryngology dalam garis panduan yang dikemas kini pada Selasa mengatakan memasukkan instrumen asing ke dalam saluran telinga, seperti putik kapas, boleh menyebabkan pelbagai masalah pendengaran dan sebenarnya meningkatkan pengeluaran cerumen atau tahi telinga.

Selain itu, membersihkan nya secara manual juga meningkatkan peluang untuk melukakan gegendang telinga, tulang halus terseliuh dan menyebabkan jangkitan.

Tambahan pula, ia akan menambah bahaya hentaman di mana ia menghalang saluran telingadan boleh menyebabkan rasa sakit, gatal, deringan, kehilangan pendengaran atau bau yang tidak menyenangkan.

cara membersihkan telinga

Cara Membersihkan Telinga Dengan Betul

Pengerusi American Academy of Otolaryngology, Dr Seth Schwartz berkata, pesakit sering menyangka untuk menghalang pembinaan tahi telinga, mereka perlu membersihkan telingadengan putik kapas, klip kertas, lilin telingaatau pelbagai lagi peralatan yang tidak masuk akal.

“Masalahnya ialah membuang tahi telinga hanya mewujudkan isu-isu lain kerana tahi telingaakan ditolak ke bawah dan memberi kesan hentaman ke dalam saluran telinga.

“Ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada gegendang dan saluran telingayang berpotensi membawa kerosakan kekal atau sementara,” katanya dipetik Mail Online.

Dr Seth juga menolak kepercayaan popular yang mengatakan telingaadalah sebahagian penjagaan diri

“Terdapat kecenderungan untuk orang ramai mahu membersihkan telingamereka kerana percaya tahi telinga adalah petunjuk kotoran. Maklumat yang salah ini membawa kepada tabiat kesihatan telinga yang tidak selamat,” katanya.

Beliau menambah, tahi telingaadalah bahan sebatian normal badan yang dihasilkan untuk membersihkan, melindungi dan ‘minyak’ telinga. Cara Membersihkan Telinga Dengan Betul.

Ia bertindak sebagai agen pembersihan sendiri untuk menjaga kesihatan telingadengan memerangkap kotoran, debu, dan benda kecil yang melekat pada tahi telingadi mana ia akan menghalang ia masuk ke dalam telinga.

Mengunyah, gerakan rahang dan pertumbuhan kulit pada saluran telingaakan membantu menggerakkan tahi telinga lama dari dalam ke luar telingadi mana ia akan jatuh atau dibersihkan ketika mandi. Cara Membersihkan Telinga Dengan Betul.

Proses normal ini akan berterusan. – Sinar Harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih