“Cara Api Merebak Agak Pelik dan Luar Biasa, Kebakaran Bukan Disebabkan Litar Pintas” – Bomba

"Cara Api Merebak Agak Pelik dan Luar Biasa, Kebakaran Bukan Disebabkan Litar Pintas" - Bomba

“Cara Api Merebak Agak Pelik dan Luar Biasa, Kebakaran Bukan Disebabkan Litar Pintas” – Bomba – KUALA LUMPUR: Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini bukan berpunca daripada litar pintas, kata pengarahnya Khirudin Drahman.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

“Cara Api Merebak Agak Pelik dan Luar Biasa, Kebakaran Bukan Disebabkan Litar Pintas” – Bomba

“Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

“Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, Khamis.

Khirudin berkata pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

“Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap,” katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran pada  5.15 pagi tadi. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih