Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Dilancarkan

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Dilancarkan –  Pelakon Fattah Amin berkongsi kata-kata yang memberi inspirasi kepadanya sepanjang bergelar anak seni dalam sebuah buku berjudul 99Kata-Kata Fattah Amin.

Fattah, 27, berkata, antara kata-kata istimewa yang dikongsi adalah berkaitan lakonannya sebelum ini pernah dikritik sebagai kayu.

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Dilancarkan

“Buku ini terdapat kata-kata yang memberi semangat kepada saya dan saya kumpulkan sejak bergelar anak seni.

“Saya mahu berkongsi dengan peminat supaya mereka turut mendapat inspirasi daripada buku ini.

“Antara kata2 yang paling saya ingat ialah berkaitan dengan lakonan kerana dulu saya pernah dikritik seperti kayu, tapi kayu lagi lama lagi bernilai,” ujarnya kepada mStar Online.

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Dilancarkan

Fattah bergambar bersama peminat pada majlis pelancaran bukunya yang berjudul 99 Kata2 Fattah Amin.

Fattah ditemui pada majlis pelancaran buku 99 Kata-Kata Fattah Amin yang diadakan di NU Sentral, di sini, Sabtu.

Katanya, idea menghasilkan buku tersebut dilakukan sejak tiga bulan yang lalu.

“Saya mengambil masa tiga bulan untuk kumpul semua kata-kata saya dan kata-kata orang luar kepada saya yang memberi semangat.

“Saya juga berharap ia berguna kepada orang lain ketika mereka berasa kurang bersemangat untuk menjalani kehidupan,” ujarnya.

Selain itu, Fattah berkata, setiap pembelian buku tersebut turut menerima sebuah cekera padat yang memuatkan single pertamanya Wanita Terakhir yang turut memuatkan versi akustik.

Buku berkenaan boleh di dapati MPH Book Store seluruh negara dengan harga RM50 senaskah. – mStar.99 kata kata fattah amin

 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih