Budak 2 Tahun Terperangkap 20 Jam Dalam Telaga

Budak 2 Tahun Terperangkap 20 Jam Dalam Telaga | SHAANXI – CHINA. Seorang kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan anggota keselamatan selepas terperangkap hampir 20 jam di dalam sebuah telaga di China, semalam.

Kanak-kanak berusia 2 tahun terjatuh dalam ke dalam lubang sempit berhampiran tapak pembinaan di Xi’an, wilayah Shaanxi.

Menurut laporan Tencent News, penyelamat mengalami kesukaran untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut kerana telaga tersebut hanya berkeluasan 30cm lebar dan sedalam 40 meter.

Anggota keselamatan terpaksa menggali sebuah lubang dengan kedalaman yang sama untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Seramai 100 anggota bomba dan polis terlibat dalam operasi menyelamat. lapor Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih