Punca BR1M Tidak Lulus Didedahkan

Powered by WP Review

Punca BR1M Tidak Lulus Didedahkan – Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mendaftarkan lesen perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) perlu mengistihar pendapatan mereka terlebih dahulu bagi membolehkan permohonan bantuan kerajaan itu diluluskan.┬áPengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pemohon BR1M yang gagal dalam saringan BR1M perlu hadir ke SSM terlebih dahulu untuk melakukan pengistiharan pendapatan sebelum mengemukakan rayuan untuk BR1M.

br1m tidak lulus

“Punca bagi mereka (pemohon BR1M) yang mendaftar dengan SSM dan gagal mendapatkan BR1M adalah kerana mereka gagal mengemukakan borang pengistiharan pendapatan kepada SSM.
“Borang tersebut sepatutnya dihantar pada Jun setiap tahun. Jadi mana-mana peniaga yang gagal mengistihar harta tidak akan mendapat kelulusan BR1M,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Punca BR1M Tidak Lulus Didedahkan

Sejak kebelakangan ini, media sosial dihujani dengan rungutan dan kekesalan netizen yang tidak bernasib baik dalam permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Rata-ratanya menjadikan alasan sudah mendaftar dan mengambil lesen perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai punca permohonan BR1M masing-masing ditolak.

Walhal kata mereka, perniagaan yang didaftarkan dengan SSM itu tidaklah menerima pulangan melebihi RM4,000 setiap bulan.

Menurut Lokman lagi, pemohon yang sudah mengistihar pendapatan dengan SSM boleh mengemukakan rayuan untuk BR1M dalam tempoh yang ditetapkan.

“Rakyat kena faham, bila mereka sudah mendaftar dengan SSM, maka mereka dikira mendaftar sebagai usahawan.┬áPunca BR1M Tidak Lulus Didedahkan

 

Punca BR1M Tidak Lulus Didedahkan

“Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan tahu apa yang akan berlaku dengan perniagaan mereka melainkan mereka mengistihar harta mereka,” katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, semua individu bujang yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 dan isi rumah dengan pendapatan RM4,000 ke bawah layak mendapat BR1M tahun ini.

Beliau turut menafikan dakwaan yang kini tular di laman sosial kononnya pemohon yang berdaftar dengan SSM tidak layak mendapat bantuan itu. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih