Boy Iman Diserahkan Kepada IPD Kubang Pasu Pula

IPD Kubang Pasu Pula

Boy Iman Diserahkan Kepada IPD Kubang Pasu Pula – SUNGAI PETANI – Perintah reman dua hari ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A Rahman yang juga pelakon dikenali sebagai Boy Iman, tamat hari ini.

Perintah reman itu turut dikeluarkan Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin terhadap Boy Iman dan juga tiga lagi individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun yang mana ketiga-tiga mereka merupakan pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR).

Boy Iman Diserahkan Kepada IPD Kubang Pasu Pula

Semalam, kesemua mereka direman di lokap Ibu Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi membantu kes berkaitan penipuan pelaburan binaan rumah membabitkan RM30,000 yang dilakukan DBI Properties.

[BACA: Bebas Hanya Beberapa Minit, Datuk Boy Iman Dicekup Semula]

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan, Chan Teck Paing mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, kesemua suspek akan diserahkan kepada polis di IPD Kubang Pasu, Jitra.

“Kesemua suspek didapati juga mempunyai kes yang sama di dearah Jitra dan Langkawi, mereka akan ditahan di daerah yang berkaitan untuk bantu siasatan,” katanya. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih